Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, January 22, 2011

Takdir cinta kita...

Putera Impian,
aku merasa bahagia saat kau ungkapkan aku adalah Bidadari mu...
Tidak siapa tahu betapa bersyukur aku rasakan kerana rasa cinta yang hadir buat kita selepas 8 tahun engkau merantau mencari cinta yang pasti...

Putera Impian ku,
betapa aku mencintai mu sejak saat kau ucap cinta...
Aku terlalu mencintai mu & tidak sanggup aku kehilangan diri mu yang satu itu...
Biarpun saat ini, kesulitan datang menghadap, keperitan datang menguji & kesusahan datang menjelma, janji ku pada mu, aku akan tetap tinggal buat kamu, cinta ku...

Putera Impian ku,
ingatlah pada lagu kita yang kita janjikan mahligai bahagia di masa depan...
Bukan mau ku kau lukai dia namun tidak mungkin akan ada tiga dalam kita bukan?
Kata mu, biarkan dia pergi sahaja sebab telah kau temui Bidadari mu yang kau cari...

Putera Impian ku,
aku ini Bidadari mu yang diutuskan Allah untuk bersama mu...
Tetapi aku tetap manusia biasa yang tidak sempurna & terima kasih aku ucapkan kerana hadir mu menyempurnakan aku...

Putera Impian ku,
aku pasti suatu hari nanti pasti bahagia yang pasti milik kita... :)